PERANG ANTARA HUAWEI DAN SYARIKAT SYARIKAT GERGASI TELEKOMUNIKASI



Teknologi pada hari ini telah memainkan peranan besar dalam kehidupan setiap individu. Dari seawal membuka mata sehinggalah menutup mata pada dinihari, boleh dikatakan 80% daripada kehidupan seharian dipenuhi dengan penggunaaan teknologi. Dari penyediaan sarapan, pengaturan jadual mesyuarat, perhubungan komunikasi seharian, hinggalah menetapkan waktu jam loceng di telefon sebelum tidur, semua aktiviti tesebut dipenuhi dengan penggunaan teknologi.

Sebahagian besar dari penggunaan teknologi- teknologi tersebut adalah dirangkumi oleh telefon pintar serta tablet. Umum mengetahui bahawa kedua-dua peranti tersebut adalah paling efisyen serta kondusif untuk digunakan. Dari sebesar 3 inci di dalam tangan hinggalah kepada saiz yang memerlukan penggunaan kedua-dua belah tangan, ramai individu menggunakannya secara meluas dalam kehidupan.

Umum mengetahui, pelbagai jenama serta jenis model telefon pintar serta tablet kini berada di pasaran. Daripada rekabentuk yang futuristik hinggalah kepada julat harga mampu milik oleh semua orang, semuanya mampu didapati dengan mudah samaada dari kedai penjualan gajet pintar hinggalah pembelian secara atas talian. Sebagaimana pesat tekonologi berkembang, begitu jugalah sebagaimana pantas sesuatu berita serta isu semasa bergerak dalam arus kehidupan.


Jika disoal kepada semua individu, pasti ramai mengenali satu jenama yang tidak asing lagi dalam pasaran gajet pintar, iaitu Huawei. Jenama ini telah mengorak langkah yang begitu jauh dalam dunia pasaran telefon serta gajet pintar. Bermula dengan hanya pembuatan modem untuk kegunaan jalur lebar, kini Huawei boleh dikatakan satu jenama yang gah, yang kini dikenali kerana prestasi kamera yang dihasilkan pada setiap pengeluaran telefon dari syarikat tersebut yang cukup unggul.

Kerjasama antara Huawei dan juga pengeluar terbesar jenama lensa kamera di dunia, Leica telah menjadi satu batu loncatan yang cukup besar bagi Huawei, di mana penjualan setiap telefon keluaran syarikat tersebut yang dilengkapi dengan lensa dari Leica mencatat rekod jualan lebih 1 juta di serata dunia. Pengguna dihidangkan dengan prestasi kamera yang cukup unggul, serta antara-muka pada telefon Huawei yang memudahkan serta cukup mesra pengguna.

Namun begitu, pada 7 Jun 2019, Huawei dipalit kontroversi hangat yang dicanang di serata dunia, berkenaan pencerobohan privasi pengguna yang ditularkan oleh pihak Facebook. Tidak cukup dengan dakwaan berat tersebut, Huawei turut dituduh oleh Google, bahawa syarikat tersebut berpotensi untuk memberikan ancaman kepada keselamatan negara.

Sehingga kini, Huawei telah dipalit dengan beberapa kes pembatalan perjanjian, dari Google, Qualcomm dan paling baru, Intel. Berikut merupakan kronologi kes berkaitan isu dengan Huawei:


 Kronologi kes:

2018
Ini merupakan tahun yang agak teruk bagi Huawei, dimana segala isu berkaitan syarikat ini bermula dari titik tolak dimana syarikat telekomunikasi AT&T bertindak untuk membatalkan perjanjian untuk menjual telefon dari syarikat Huawei. Tidak lama kemudian, sebuah syarikat telekomunikasi dari Amerika Syarikat iaitu Verizon Wireless menggugurkan Huawei dari posisi sebagai pembekal rasmi telefon kepada syarikat tersebut. Keadaan bertambah teruk untuk Huawei apabila keluar satu kenyataan dari pihak Donald Trump, presiden Amerika Syarikat terkini yang menyatakan bahawa Huawei mampu memberi ancaman kepada keselamatan negara, sejurus selepas Huawei membuat pengumuman untuk penghasilan teknologi 5G dari syarikat mereka.

Sejurus selepas beberapa pembatalan perjanjian dari syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat, Australia turut menurut jejak yang sama, apabila mula mengharamkan pembekalan dari syarikat Huawei untuk kemajuan teknologi 5G di negara mereka, turut diikuti New Zealand. Kondisi semakin merosot untuk syarikat gergasi telekomunikasi China tersebut apabila salah satu negara dari asia iaitu Jepun, turut mengharamkan kemasukan serta penjualan peranti dari Huawei di negara mereka.

Pada tahun ini juga, Meng Wanzhou, pengarah kewangan untuk syarikat Huawei telah ditahan di Vancouver oleh pihak FBI berikutan tuduhan beliau bertanggungjawab atas tuduhan pencerobohan privasi oleh pihak Huawei. Lebih memburukkan keadaan, pihak berkuasa dari China pula melakukan penahanan ke atas dua orang warganegara Kanada. Namun begitu, kedua-dua negara bersetuju untuk memeterai perjanjian damai selama 90 hari, di antara negara China dan Amerika Syarikat.

2019
Pihak berkuasa Poland telah melakukan penangkapan ke atas seorang pekerja Huawei atas tuduhan berlakunya pengintipan dari pekerja tersebut dan turut dikeluarkan satu kenyataan media dari pihak Poland, samaada mereka akan bersetuju untuk menggunakan teknologi dari negara China atau tidak untuk teknologi 5G di negara mereka.
 
Amerika syarikat kembali menghangatkan isu berkaitan Huawei, apabila pada 20 Mei 2019, syarikat syarikat seperti Google, Intel, Qualcomm, Arm dan juga SD Association mengumumkan bahawa mereka menyokong tindakan kerajaan Amerika Syarikat dan mula menghentikan perjanjian serta urusan dengan Huawei. Negara-negara eropah sebenarnya telah bercadang untuk menetapkan hukuman serta syarat yang lebih ketat ke atas Huawei, berbanding hanya mengharamkan kemasukan peranti dari syarikat tersebut ke megara negara di eropah.




Namun begitu, Huawei tidak hanya berdiam diri dan akur dengan segala tuduhan dan tindakan yang dilakukan ke atas syarikat tersebut. Sejurus selepas Google menarik balik perjanjian kerjasama antara mereka, Huawei mengeluarkan satu kenyataan media, di mana mereka memebri jaminan kepada para pengguna peranti mereka bahawa servis dari mereka serta keboleh-gunaan peranti peranti tersebut tidak akan berkubur begitu sahaja. Huawei mengumumkan bahawa mereka akan membina pelantar operasi mereka sendiri yang diberi nama HongMeng O.S. Berita tersebut mendapat pelbagai reaksi dari penyokong serta pengguna setia peranti mereka, dimana pelbagai jangkaan serta harapan dinyatakan. Pelbagai jangkaan terhadap prototaip pelantar sistem tersebut di keluarkan.


Pengumuman pengeluaran pelantar terbaru tersebut memberi nafas lega dan mungkin, nafas baru kepada para pengguna peranti Huawei di seluruh dunia. HongMeng O.S dijangkakan akan lebih efisyen dan pantas, selain daripada mengekalkan kebolehan para pengguna untuk mengakses aplikasi-aplikasi yang dibina dari pelantar Android. Huawei memberi gambaran, bahawa mereka akan mula membina satu laman yang sama seperti Playstore, yang dimiliki oleh Google pada peranti mereka, iaitu Android. Di samping itu, penjenamaan semula HongMeng O.S kepada Ark O.S juga memberi gambaran serius kepada para pengguna di seluruh dunia bahawa Huawei optimis dan yakin untuk berdiri di atas kaki mereka sendiri tanpa mengharapkan kemampuan dari syarikat syarikat lain untuk membina satu pelantar yang baik.

Dijangkakan tarikh rasmi untuk pengeluaran sistem operasi Ark dari Huawei ini adalah pada awal tahun 2020 untuk pasaran global, manakala bagi pengguna-pengguna di negara China, mereka boleh menikmati pelantar operasi sistem tersebut lebih awal, iaitu jangkaan pada penghujung tahun 2019.

KESIMPULAN
Isu-isu penarikan balik perjanjian bisnes di antara Huawei serta syarikat syarikat pembekal di Eropah yang dimulakan oleh dakwaan dari pihak kerajaan Amerika Syarikat tidak dilihat hanya sebagai ‘penyuaraan kebimbangan’ mereka semata-mata. Namun, ia dilihat sebagai usaha terdesak dari Amerika Syarikat apabila satu negara dari asia mampu membangunkan sistem 5G mereka lebih dahulu daripada negara maju seperti mereka. Selain memberi ancaman secara halus, ia juga dipandang sebagai salah satu usaha dari pihak Amerika Syarikat untuk menjatuhkan kadar keuntungan Huawei, yang kini telah mendahului syarikat-syarikat telekomunikasi dari negara Eropah seperti LG dan Motorola.

Namun begitu, kemampuan Huawei untuk berdiri sendiri tanpa mengharap bantuan dari syarikat pembekal telekomunikasi lain ternyata membuka mata di seluruh dunia bahawa sifat takut akan ancaman dari kuasa kuasa besar negara di dunia perlu di hapuskan. Mereka juga optimis dalam melakukan sesuatu usaha untuk menyelamatkan perniagaan serta pelanggan mereka dari mengalami kerugian besar, dimana ia berkemungkinan akan menjadi titik akhir kepada Huawei, dalam kemandirian mereka dalam dunia perniagaan.





PERANG ANTARA HUAWEI DAN SYARIKAT SYARIKAT GERGASI TELEKOMUNIKASI PERANG ANTARA HUAWEI DAN SYARIKAT SYARIKAT GERGASI TELEKOMUNIKASI Reviewed by Saiful S. on 2:50 PM Rating: 5

No comments