BANDAR PINTAR: FANTASI ATAU REALITI?

Image result for smart city



Di dunia ketika ini, hampir semua negara telah pun mencapai tahap kemajuan yang baik. Tahap kemajuan yang dimaksudkan disini adalah keadaan negara tersebut, baik dari segi ekonomi, fasiliti, institusi waima keamanan sesuatu negara tersebut. Pada masa kini, rata-rata negara maju sudah mula bersaing untuk menjadi negara yang paling atas dalam carta untuk semua aspek, samaada dari segi ekonomi, mahupun dari segi segi lain.

Mengikut carta kedudukan yang terkini, negara yang paling atas dari segi perkembangan ekonomi adalah negara Amerika Syarikat, diikuti oleh negara China, Jepun, Jerman dan seterusnya United Kingdom pada masa ini. Bagi jujukan kedudukan dari segi pembangunan pula, ia turut didahului oleh Amerika Syarikat, diikuti Russia, China, United Kingdom dan seterusnya Jerman.
Mengikut carta kedudukan ini, dapat ditafsirkan bahawa negara yang kukuh dari segi ekonomi serta kemajuannya adalah Amerika Syarikat, China, United Kingdom dan juga Jerman. Keempat-empat negara ini dapat diistilahkan sebagai 4 negara paling maju serta stabil untuk kedudukan di mata dunia.

Meskipun mempunyai kondisi kewangan yang kukuh serta kemajuan negara yang diiktiraf, tidak bermaksud sesebuah negara itu cukup aman, tenteram serta stabil dari semua aspek. Sebagai contoh, Amerika Syarikat. Pelbagai rusuhan serta demonstrasi telah diadakan sejurus selepas pilihan raya dimana, Donald Trump diangkat sebagai presiden negara tersebut sebelum ini. Selain itu juga, kadar kemiskinan serta kadar infrastruktur yang maju hanya dapat dilihat di bandar bandar utama dan tertentu, sekaligus tidak menunjukkan bahawa meskipun mempunyai kewangan serta kemajuan yang kukuh bermaksud bahawa sesebuah negara itu cukup aman dan stabil dari semua aspek.

Image result for smart cityBila diutarakan mengenai ‘Bandar Pintar’, pasti ramai sudah menjangkakan maksud perkataan tersebut, dimana ia menggambarkan satu bandar yang cukup maju dan mampan dari segi teknologi, mahupun infrastrukturnya. Secara teorinya, ‘Bandar Pintar’ didefinisikan sebagai sebuah bandar yang maju dari segi teknologi dan infrastruktur, dimana teknologi yang digunakan untuk bandar tersebut adalah terdiri daripada teknologi yang terkini dan cukup maju.
Sebagai gambaran ringkas, sebuah bandar yang diiktiraf sebagai bandar pintar, mempunyai keupayaan teknologi yang cukup hebat dan tinggi. Dimulakan dengan sistem pengangkutan yang sepenuhnya disokong oleh teknologi, sistem perbandaran yang mantap dan terurus pada tahap yang optimum, serta dilengkapi dengan prasarana serta infrastruktur yang maju dan canggih. Penduduk-penduduk di bandar pintar juga digambarkan sebagai satu kolonisasi yang berkemampuan dan menggunakan teknologi untuk kegunaan dalam kehidupan seharian pada tahap yang maksimum.
Disamping itu juga, untuk memastikan sesebuah bandar itu dapat diistilah serta diiktiraf sebagai bandar pintar, penggunaan beberapa teknologi wajib seperti teknologi IoT (Internet of Things), teknologi ICT, teknologi RFID, teknologi wayarles berkelajuan tinggi dan juga beberapa teknologi lain yang baru dirintis untuk kemudahan manusia. 

Mengikut Techopedia, Bandar Pintar atau ‘Smart City’ membawa maksud satu bandar yang direka dan dirancang khas, dimana ia menggunakan tekologi secara maksimum untuk meningkatkan lagi kualiti dan prestasi satu satu kawasan ‘urban’ itu, dimana pengurusan sumber tenaga, transportasi dan juga kemudahan awam diberi tumpuan lebih dalam konteks ini. Di samping itu juga, ia turut bertujuan untuk mengurangkan penggunaan sumber-sumber tenaga yang terhad, pengurangan sisa buangan dan juga kos kehidupan. Secara menyeluruh, bandar pintar ini dirancang dan distruktur khas untuk meningkatkan lagi kualiti kehidupan untuk penduduk-penduduk di bandar tersebut menerusi penggunaan teknologi-teknologi pintar.      
   
Seiring dengan perkembangan teknologi wayarles masa kini, iaitu perkembangan teknologi 5G, pelaksanaan perancangan bandar pintar juga dilihat sebagai sesuatu yang tidak mustahil. Secara ringkas, 5G merupakan teknologi wayarles yang berkemampuan mencapai tahap kelajuan dan kepantasan muat turun data, mengatasi teknologi wayarles sebelumnya iaitu 4G dan 3G. jika dibandingkan, kelajuan 5G diteorikan mampu mencapai tahap kelajuan pada kadar gigabait, mengatasi 4G dan 3G yang hanya mampu mencapai tahap kelajuan pada kadar megabait dan kilobait. Namun begitu, apa perkaitan yang muncul di antara pelaksanaan bandar pintar dan juga 5G?
Jika dilihat kembali pada definisi serta maksud bandar pintar itu sendiri, ia merupakan sebuah sistem perbandaran yang dilihat menggunakan teknologi pada kadar maksimum dalam kehidupan seharian, dimana hampir kesemua fasiliti, sistem kenderaan awam, infrastruktur dan juga sistem komunikasi menggunakan teknologi teknologi yang baru dan canggih.

Image result for 3g 4g 5g race


Harus diingat juga bahawa teknologi teknologi canggih yang ada pada masa kini beroperasi menggunakan teknologi wayarles, dimana hampir keseluruhannya bertindak secara ‘remote’. Atau tidak dihubungkan dengan mana mana sistem kabel telekomunikasi bawah tanah. Ini bertujuan untuk mengurangkan kos penyelenggaraan dan juga meningkatkan lagi kadar efisiensi sesuatu teknologi tersebut. Jadi, bagaimana teknologi 5G memainkan peranan penting dalam pelaksanaan sistem bandar pintar ini?

Sepertimana dimaklumkan sebentar tadi, 5G membawa sistem perpindahan data pada kadar kelajuan yang cukup tinggi. Lihat kembali kepada jenis jenis teknologi yang diimplikasikan kepada bandar pintar sebentar tadi, hampir kesemuanya menggunakan teknologi wayarles dimana tiada sebarang sistem kabel bawah tanah digunakan untuk tujuan penghantaran data. Untuk itu, satu teknologi wayarles yang berkemampuan menghantar data pada tahap kelajuan yang optimum diperlukan untuk memberikan penjimatan dari segi tempoh masa pemprosesan sesuatu data itu.

Dengan menggunakan teknologi wayarles 5G, penjimatan dari segi masa sudah mampu dilaksanakan. Selain itu juga, segala jenis lain teknologi termasuk yang lebih baru juga dapat diaplikasikan. Sebagai contoh, teknik pemprosesan A.I, yang mana sudah mula digunakan secara meluas untuk proses pengimejan wajah dan juga pengesahan identiti. Untuk memastikan teknologi tersebut dapat digunakan secara baik, teknologi 5G amat diperlukan. Ini kerana sistem A.I bagi sesuatu penggunaan secara meluas dalam industri, memerlukan kadar muatnaik dan muatturun data dengan pantas. 


Image result for smart city
Selain itu juga, IOT (Internet of Things) juga dapat dilaksanakan dengan baik dengan hadirnya teknologi 5G. Secara ringkasnya, IOT adalah jenis jenis peranti yang menggunakan sambungan internet untuk berfungsi. Kebanyakannya adalah jenis peranti yang berfungsi sebagai peranti telekomunikasi dan juga peranti multimedia. Contohnya adalah TV Pintar (Smart TV), Pembesar Suara Pintar, (Smart Speaker) dan juga peranti peranti multimedia yang lain.
Untuk kegunaan industri, IOT lebih berbentuk kepada peranti yang membantu produksi serta pengurusan maklumat, seperti peranti imbasan wajah, peranti maklumat kehadiran dan juga sesetengah dari mesin mesin pengeluaran produk. Kesemua peranti IOT ini mampu berfungsi dengan baik dengan adanya sambungan internet yang pantas dan stabil, yang hadir dengan 5G, berbanding sambungan 4G atau 3G.

Jika anda ada terfikir, sejauh mana sebenarnya kelebihan untuk sesebuah negara, untuk memiliki sebuah bandar yang diiktiraf sebagai bandar pintar, maka jawapannya akan dapat anda temui pada pengisian perenggan ini. Secara ringkasnya, penerangan di bahagian atas artikel ini telah menyertakan beberapa faedah, seperti sistem bandar yang terancang, sistem pengurusan yang lebih cekap dan juga sistem maklumat yang lebih pantas dan telus. Namun begitu, sejauh manakah ia dapat memberi faedah kepada sesebuah negara?

Dengan adanya bandar pintar, sesebuah negara tersebut dapat menerima beberapa faedah yang diperoleh dari bandar pintar. Bukan sahaja untuk kawasan bandar tersebut, namun untuk keseluruhan negara itu. Sistem teknologi yang digunakan pada bandar pintar itu dapat diserap dan digunakan untuk keseluruhan negara tersebut. Seandainya negara tersebut kurang berkemampuan dari segi ekonomi, ia dapat dilakukan secara berperingkat melalui pelaksanaan satu kawasan pada satu sesi naik taraf.

Selain itu juga, sistem ekonomi sesebuah negara itu juga dapat ditingkatkan dengan baik dengan adanya bandar pintar. Bagaimana ini boleh berlaku? Jika dilihat kembali kepada ciri ciri bandar pintar, pastinya ada satu daya tarikan untuk pelabur pelabur dari syarikat syarikat terkemuka yang ingin melabur dan memulakan bisnes di sesuatu bandar pintar itu, lantaran kemajuan teknologi serta taraf hidup yang lebih baik berbanding bandar biasa mampu menarik minat rata rata individu untuk menyumbang kepada populasi penduduk di bandar tersebut, sekaligus meningkatkan lagi peluang untuk perkembangan bisnes yang baik di kawasan bandar tersebut.

Selain itu juga, semua teknologi yang digunakan di kawasan bandar pintar dapat digunapakai di kawasan kawasan lain di negara tersebut. Sekiranya di bandar pintar mempunyai pelbagai teknologi yang canggih pada masakini, seperti A.I, teknologi pengurusan maklumat serta pentadbiran yang lebih sempuna, ia juga dapat digunapakai di kawasan lain di negara tersebut, lebih lebih lagi di kawasan ‘rural’ yang terletak jauh dari kawasan ‘urban’. Ini pastinya lebih mudah untuk dilaksanakan dengan adanya perancangan yang baik serta kehadiran teknologi 5G.

Buat masa kini, sudah ada beberapa negara yang sedang dalam usaha untuk mencapai pengiktirafan bandar pintar. Antaranya adalah seperti negara Belanda, di mana sedang mengusahakan perancangan untuk Amsterdam Smart city, Sepanyol, untuk bandar Barcelona mereka, Amerika Syarikat, untuk bandar Ohio mereka, Denmark untuk bandar Copenhagen mereka, Emiriah Arab Bersatu untuk bandar Dubai dan pelbagai lagi negara lain seperti China, Jerman dan juga Ukraine.


Image result for multimedia super corridorJika dilihat pada usaha negara negara lain untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut, adakah Malaysia juga dalam landasan yang sama? Jawapannya adalah ya, Malaysia juga sedang berusaha untuk meletakkan negara dalam landasan yang sama untuk mencapai pengiktirafan bandar pintar tersebut. Bermula dengan tercetusnya idea Multimedia Super Corridor (MSC), yang kemudiannya disambung pula dengan pembinaan Putrajaya, satu kawasan luas yang menempatkan beberapa bangunan pentadbiran dan juga berteknologi tinggi. Walaupun pada zahirnya ia tidak begitu kelihatan cukup ‘pintar’ jika dibandingkan dengan negara negara luar, percayalah bahawa Putrajaya juga mampu diangkat dan diiktiraf sebagai bandar pintar pada satu masa nanti.

Seiring dengan perkembangan teknologi, Malaysia juga sudah mula menggunakan sistem RFID, dimana ia mula diuji dengan menggunakannya pada sistem tol di beberapa lebuh raya di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Meskipun kelihatan agak perlahan jika dibandingkan dengan negara negara asing, pujian harus diberikan kepada pihak yang berkenaan atas keberanian untuk mencuba dan menguji teknologi teknologi serta sistem baru.

Selain itu juga, persetujuan dengan pihak jenama terkemuka telekomunikasi dunia iaitu Huawei untuk teknologi 5G, dilihat mampu memberi suntikan semangat serta bantuan usaha dari segi teknologi kepada usaha negara untuk menghasilkan serta mencapai pengiktirafan sebagai bandar pintar untuk Putrajaya. Kepada masyarakat di negara kita pula, ia dilihat mampu menjadi perintis kepada beberapa teknologi baru serta penggunaan teknologi dengan lebih meluas sebagai satu usaha untuk memudahkan serta memastikan urusan kerja serta kehidupan seharian dapat dilaksanakan pada kadar lebih optimum dan mantap.

Sebagai contoh, jika pada masa kini, hanya kemudahan ICT yang biasa sahaja yang wujud kepada tenaga pengajar di sekolah, tidak mustahil pada masa akan dating, lebih banyak teknologi yang dilihat mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, samaada guru mahupun murid. Selain itu juga, pelbagai urusan di pejabat pejabat berkepentingan serta agensi kerajaan juga mampu ditingkatkan kepada kadar yang lebih optimum. Satu lagi contoh yang mampu dilihat adalah dari segi infrastruktur hospital serta kemudahan yang ada. Dengan hadirnya teknologi yang dirintis dari sistem teknologi yang terkandung dalam bandar pintar, ia mampu dimanfaatkan kepada pihak hospital seperti penggunaan alatan perubatan yang lebih canggih, alatan pengimejan yang lebih baik dan selamat dan juga proses pemantauan pesakit yang mampu dilaksanakan dengan lebih pantas dan secara ‘remote’.

Jika ditanya kembali, adakah bandar pintar hanyalah fantasi, atau ia mampu menjadi realiti? Jawpannya adalah ya, ia mampu menjadi realiti dengan adanya usahasama serta sokongan daripada kita sebagai rakyat Malaysia. Tidak dapat tidak, ia juga mampu membuka jalan kepada pelbagai jenis teknologi yang mampu memberi pelbagai faedah yang banyak kepada kita sebagai rakyat negara Malaysia.

BANDAR PINTAR: FANTASI ATAU REALITI? BANDAR PINTAR: FANTASI ATAU REALITI? Reviewed by Saiful S. on 7:39 PM Rating: 5

No comments