5G: Hanya Sekadar Teknologi atau Alat Mendominasi?



Alexander Graham Bell.jpg
Alexander Graham Bell

Pada waktu dahulu, telefon dicipta sebagai satu alat komunikasi yang memudahkan manusia, di mana ia tidak mengira berapa jauh jarak diantara dua individu, masing masing pasti dapat berkomunikasi melalui telefon. Penciptaan telefon pada tahun 1854 oleh dua nama besar yang cukup berjasa kepada dunia hari ini, iaitu Alexander Graham Bell dan juga Antonio Meucci.

Pada asasnya, telefon pada waktu itu hanyalah tercipta daripada dua bekas kosong yang digunakan untuk mendengar dan bercakap, dan dihubungkan oleh satu wayar tembaga tulen yang berfungsi sebagai medium penghantaran molekul bunyi dari satu individu di hujung, kepada satu individu di hujung yang satu lagi. Meskipun ketika itu ia agak terhad,  dimana penggunaan telefon dihadkan kepada seberapa panjang wayar tembaga yang menghubungkan kedua-dua gagang, penciptaan model asas itu menjadi perintis pada teknologi komunikasi pada hari ini.

Image result for old telephoneSeiring dengan peredaran masa, penggunaan telefon juga dilihat semakin meluas dari masa ke masa. Hampir semua penduduk di dunia dihubungkan melalui telefon, sama ada secara talian menggunakan kabel besi tembaga, ataupun dihubungkan melalui selular. Telefon-telefon di setiap kediaman atau pejabat kebanyakannya dihubungkan melalui kabel besi tembaga, dan bagi telefon bimbit pula, ia menggunakan selular sebagai medium penghubung untuk membolehkan telefon tersebut berfungsi.
Selular, salah satu dari ciptaan teknologi yang berkait rapat dengan telekomunikasi, di mana ia dicipta untuk kegunaan telekomunikasi. Selular merujuk kepada jaringan komunikasi yang digunakan untuk teknologi perhubungan, dimana ia digunakan secara meluas untuk kawasan yang mempunyai menara pemancar serta penerima gelombang selular. Untuk penggunaan teknologi ini, telefon bimbit diperlukan oleh pengguna.
Teknologi selular digunakan secara meluas dan beroperasi dengan menggunakan ‘Global System for Mobile Communications’ (GSM), ‘Frequency Division Multiple Access’ (FDMA) dan ‘Code Division Multiple Access’ (CDMA).  Kesemua jenis jaringan jalur lebar ini sudah disertakan dengan setiap penciptaan telefon bimbit pada zaman ini. Setiap negara yang menggunakan jaringan jalur lebar ini mempunyai nombor koding tersendiri. Seperti kita di Malaysia, kita menggunakan jaringan GSM 900, GSM 1800 dan GSM 2100.

Image result for 4G LTEJika ditanya pada setiap pemilik telefon pintar, pasti ramai sudah tahu apa itu LTE dan 4G. 4G diistilahkan dari generasi ke-4 untuk jalur lebar, dan LTE pula diistilahkan sebagai ‘Long-Term Evolution’. Teknologi ini lebih pantas jika dibandingkan dengan jaringan jalur lebar yang lain, dimana kadar muat turun and muat naik yang dilakukan mampu mencecah kelajuan megabit sesaat, dibandingkan dengan 2G dan 3G yang mana hanya ditakrifkan pada kadar kilobait sesaat. Ia digunakan secara meluas dari sekecil-kecil telefon pintar, hinggalah sebesar komputer ‘desktop’.Sambungan jalur lebar 4G LTE digunakan secara meluas pada masa kini dimana penggunaanya banyak digunakan untuk kegunaan dalam kehidupan seharian sebagai contoh, membuat panggilan video, pengaksesan kepada satelit GPS dan juga muat turun fail fail penting serta penghantaran fail fail bersaiz besar untuk kegunaan korporat, mahupun peribadi.



Sekiranya jaringan jalur lebar 1G memberi kebolehan untuk membuat panggilan telefon secara ‘wayarles’, 2G memberi kelebihan untuk membolehkan mesej teks dapat dihantar antara pengguna telefon bimbit, 3G memberi kemampuan kepada pengguna telefon bimbit untuk mengakses internet tanpa had di mana jua, 4G memberi kemampuan optimum kepada pengguna untuk pengstriman video serta akses kepada satelit GPS secara konstan, bagaimana pula dengan 5G? Adakah ia lebih hebat daripada generasi jalur lebar sebelumnya? Adakah ia akan memberi kemampuan baru kepada telefon bimbit pengguna? Atau adakah ia mampu digunakan secara optimum untuk pembangunan teknologi ‘Artificial Intelligence’?

Sebelum kita bergerak kepada kegunaan penuh 5G, adalah lebih baik kita kenali terlebih dahulu apa itu 5G secara mendalam. Teknologi 5G, yang mana dibangun serta dicipta dari jujukan generasi jalur lebar sebelumnya, membawa maksud generasi ke-5 dalam pembangunan teknologi jalur lebar. Sekiranya 4G mampu mencapai tahap kelajuan muat turun pada kadar megabait sesaat, 5G pula diandaikan mampu mencecah tahap kelajuan muat turun pada kadar gigabait sesaat, dimana ia tersangat pantas. Andaikan anda memuat turun fail berkapasiti besar seperti perisian computer yang kebiasaanya memakan ruang sebanyak 2 gigabait hingga 7 gigabait dengan menggunakan sambungan jalur lebar 4G, anda memerlukan masa untuk proses muat turun tersebut siap sepenuhnya dalam jangka masa 20 minit hingga 1 jam. Bayangkan pula kelajuan yang dibawa oleh 5G ini membolehkan anda memuat turun fail-fail berkapasiti besar tersebut dalam jangka masa 10 saat hingga 2 minit, laju bukan?

Image result for speedtest high
Selain itu, sambungan secara ‘remote’ atau atas talian kepada sesuatu peranti yang sebelum ini menggunakan teknologi jalur lebar 4G, memberi anda had kepada kawalan peranti peranti tersebut. Hal ini kerana had kelajuan yang dibawa oleh 4G adalah masih rendah dan perlahan, dimana sesetengah proses serta kegunaan secara ‘remote’ ke atas peranti peranti tersebut menjadi terhad dan ada sesetengah dari proses-proses tersebut menjadi tidak boleh dilaksanakan. Dengan 5G, berbekalkan kadar kelajuan yang tinggi, limitasi serta had ke atas peranti-peranti tersebut dapat dibuka dan dinyahaktifkan. Secara tidak langsung, sesetengah proses yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan akan dapat dilaksanakan dengan adanya teknologi 5G ini.
Selain itu, teknologi 5G juga mampu membuka laluan untuk teknologi lain dicipta. Sebagai contoh, teknologi Artificial Intelligence (A.I). Pada masa kini, teknologi ini sudah dapat dilihat dan digunakan dalam beberapa perkara. Contoh paling mudah, penggunaan kamera pada telefon pintar terkini, kebanyakan telefon pintar yang baru dikeluarkan oleh pengilang mempunyai teknologi A.I yang mampu mengesan keadaan foto yang ingin diambil dan menyesuaikan tetapan kamera kepada keadaan tersebut. Ini dapat membantu pengguna untuk menghasilkan satu foto atau imej yang cantic serta berkualiti dari kamera masing-masing tanpa memerlukan pengguna untuk menekan sebarang butang, mahupun menetapkan sebarang tetapan pada kamera masing-masing.
Namun begitu, perlu diingat bahawa teknologi Artificial Intelligence ini masih belum dikembangkan serta dibangunkan sepenuhnya atas faktor kajian serta limitasi dari bebearapa faktor. Salah satu dari faktor-faktor tersebut adalah faktor jaringan jalur lebar yang sedia ada. Teknologi jalur lebar 4G mampu memberi kelajuan yang pantas, namun begitu masih belum cukup pantas untuk tujuan pembangunan serta kajian secara meluas. Limitasi-limitasi kepada kajian seperti ini akan dapat disingkirkan dengan adanya teknologi jalur lebar baru iaitu 5G.


Di era ini, peperangan merupakan salah satu perkara yang amat digeruni oleh ramai penduduk di dunia. Peperangan bukan sahaja memberikan negara keadaan yang kucar-kacir, malah tidak selamat untuk didiami. Penduduk di negara yang dilanda peperangan tidak dapat menjalani kehidupan seharian dengan tenang dan selamat, dek kerana risau akan keselamatan diri serta keluarga untuk melakukan apa apa aktiviti mahupun keluar berkerja. Boleh dikatakan hampir semua manusia tidak akan bersetuju sekiranya ditanya adakah mereka mampu hidup dalam keadaan dilanda peperangan.
Image result for huawei vs usaBaru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai isu berkait syarikat Huawei, dimana presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menyuarakan kebimbangan beliau terhadap teknologi yang dimiliki syarikat tersebut, dan melemparkan tuduhan bahawa Huawei mampu memberi ancaman keselamatan kepada mana-mana negara yang menggunakan teknologi-teknologi dari syarikat kelahiran China tersebut. Isu tersebut dibangkitkan selepas keluar ura-ura mengatakan bahawa Huawei sudah jauh melangkah ke depan dalam pembangunan teknologi 5G. Lantaran isu yang dibangkitkan itu juga menyebabkan beberapa syarikat besar teknologi terkenal di dunia menarik diri dan membatalkan kerjasama dengan Huawei.
Di sebalik isu hangat tersebut, apakah sebenarnya agenda presiden Amerika Syarikat? Adakah sememangnya benar, Huawei memberi ancaman keselamatan kepada negara ataupun, hanya kerana mereka merasa terancam dengan kemajuan teknologi yang dibangunkan oleh Huawei itu?

Jika dilihat pada nama 5G itu sendiri, pasti ramai tidak menyangka bahawa teknologi jalur lebar yang dianggap biasa didengar dan digunakan itu mampu memberi impak yang besar kepada negara yang menggunakannya. Secara teorinya, teknologi tersebut memang mampu memberikan kelebihan kepada pengguna serta negara yang mempunyainya. Namun begitu, sejauh mana kebimbangan yang perlu kita lahirkan seiiring dengan lahirya teknologi jalur lebar yang baru ini?
Seperti mana kita sedia maklum, penggunaan teknologi dalam peperangan sudah sedia meluas dan canggih. Bermula dengan kemampuan untuk memandu roket misil secara kawalan jauh untuk tujuan serangan dan pengeboman, sehinggalah kepada kelahiran dron-dron yang mampu dikawal dari beribu batu jauhnya untuk tujuan tinjauan dan juga serangan. Dengan kehadiran teknologi 5G, kesemua teknologi peperangan ini dapat dipertingkatkan lagi dan digunakan dengan lebih efisyen, tanpa perlu merisikokan nyawa seorang atau sekumpulan tentera.

Sebagaimana yang kita bincangkan sebentar tadi berkenaan teknologi Artificial Inteligence, teknologi ini sudahpun diguna pakai dalam ‘warfare’, namun tidak begitu meluas lantaran kondisi teknologi yang masih belum dibangunkan sepenuhnya. Namun begitu, adalah diandaikan bahawa dengan hadirnya teknologi 5G, artificial intelligence mampu dibangunkan sepenuhnya untuk tujuan keselamatan negara.
Berbalik kepada isu 5G dan peperangan tadi, cukup banyak kegunaan serta kelebihan yang dibawa 5G untuk tujuan ini. Pertamanya, teknologi 5G ini mampu memberi satu teknologi baru untuk peperangan iaitu senjata hipersonik. Buat masa sekarang, beberapa negara sedang cuba untuk membangunkan teknologi senjata ini. Antara negara tersebut adalah China, Russia, Amerika Syarikat dan juga Perancis. Sebagai permulaan, umum mengetahui bahawa dalam teknologi peperangan sekarang, yang wujud setakat ini dan boleh dikatakan cukup canggih adalah teknologi supersonik, dimana ia memberi kelebihan kepada jet pejuang untuk terbang pada kelajuan tinggi dan tiba di destinasi pada waktu singkat berbanding jet pejuang biasa. ‘Supersonic’ adalah salah satu fenomena yang dikaitkan dengan hukum fizik, dimana sesuatu objek bergerak lebih laju dari kelajuan bunyi, dan diistilahkan sebagai supersonik.

Image result for hypersonic aircraftKelajuan hipersonik yang bakal digunakan untuk tujuan peperangan adalah 2 kali ganda lebih pantas berbanding supersonik, dimana kelajuan supersonik hanya mencecah kelajuan 1.2 mach hingga 5.0 mach. Manakala untuk hipersonik pula, ia mampu mencecah kelajuan 5.0 mach hingga 10.0 mach, dimana ia menyamai 2 kali ganda kelajuan supersonik. Untuk jet pejuang berkelajuan hipersonik ini, ia mampu terbang pada altitud lebih tinggi dan mampu mencipta jalur penerbangan yang sukar untuk dikesan, berbanding jet pejuang yang mempunyai teknologi supersonik.
Dengan hadirnya teknologi 5G, sistem pertahanan sesuatu militari juga mampu dipertingkatkan dengan lebih jitu. Sebarang operasi pengesanan juga mampu dilaksanakan dengan lebih baik, tidak terkecuali sistem pengesanan yang digunakan oleh armada perang laut atau darat mampu mengesan kehadiran atau pencerobohan kedalam ruang angkasa atau darat dengan lebih pantas berbanding sebelumnya. Serangan balas, atau operasi pengusiran juga dapat dilaksanakan sejurus pengesanan dilakukan.
Di samping itu juga, tapak pertahanan sesuatu negara itu juga mampu bertindak serta dipertahankan dengan lebih baik, tentunya dengan kehadiran teknologi 5G. Sistem pemantauan kamera litar serta mekanisma pertahanan automatik juga dapat dilaksanakan pada kadar lebih optimum dimana, kondisi ‘real-time’ dapat diperoleh oleh para tentera. Tiada lagi masalah arahan atau ‘command’ diperoleh pada waktu yang lewat, di samping memastikan sebarang isyarat atau mesej dapat dipintas oleh pihak musuh, lantaran gelombang frekuensi 5G adalah terdiri dari jenis milimeter jarak-pendek, dimana ia tidak akan dapat dilangkau oleh pihak-pihak tertentu tanpa keizinan.
mMtc (massive Machine Type Communications), adalah satu invensi baru dalam era ‘Advanced Warfare’ masa kini. Teknologi mMTC ini membolehkan berjuta peranti peperangan dapat disambung dengan baik, tanpa mengambil kira berapa jauh jarak dari pemancar atau ibu pejabat. Secara tidak langsung, ini juga akan membuka laluan kepada sistem biometrik buat tentera, dimana keadaan tentera dipantau dari jarak jauh dengan mengambil kira posisi, kadar degupan jantung, tekanan darah dan juga stamina tentera-tentera tersebut. Tidak terkecuali, sistem ‘Advanced Goggle Vision’ juga dapat dimanfaatkan oleh tentera dimana, musuh dapat dipantau keadaan kesihatannya ketika pertempuran.
Selain peperangan menggunakan senjata serta kelengkapan yang canggih, 5G juga mampu memeberi nafas baru kepada peperangan siber. Kebolehan untuk memuat naik dan memuat turun dengan pantas mampu memberi ‘First-Hand opportunity’ kepada negara negara yang memiliki teknologi ini. Pelbagai jenis serangan secara siber dapat dilancarkan.
Sekiranya anda seorang peminat setia francais filem ‘Fast and Furious’, anda pastinya pernah menonton satu babak dalam sekuel ke-8 filem tersebut iaitu The Fate of The Furious, dimana Cypher, watak yang dilakonkan oleh Charlize Theron dilihat membuat serangan secara siber. Dalam babak tersebut, Cypher telah melakukan penggodaman ke atas semua jenis kenderaan yang mempunyai sistem komputer serta A.I, dimana kesemua kenderaan tersebut mampu dikawal dari jarak jauh dan mengenepikan kawalan dari pemandu dalam kenderaan tersebut sendiri sehingga menyebabkan insiden insiden kemalangan berskala besar serta porak-peranda dalam kawasan bandar. Babak ini bukan hanya fiksyen semata-mata, ia mampu menjadi realiti dengan adanya 5G. Penggodaman dapat dilakukan dengan lebih pantas dan menyeluruh tanpa mengira keadaan peranti serta alatan yang ingin digodam itu.


Pernahkah anda mendengar nama ‘Project Maven’? Kedengaran seperti satu nama projek yang biasa bukan? ‘Project Maven’, adalah satu projek yang dilaksanakan dan masih dalam peringkat kajian oleh kerajaan negara Amerika Syarikat, dimana ia bertujuan untuk sistem pertahanan negara dan pastinya, untuk satu sistem serangan perang secara siber. Pada zaman ini, memiliki peralatan serta senjata perang yang canggih dan ganas tidak lagi mampu menjamin kemenangan sesuatu pihak. Sebaliknya, kemajuan teknologi yang menjana kesemua senjata tersebut adalah lebih penting.
Secara ringkasnya, ‘Project Maven’ ini adalah satu projek dimana algoritm computer dicipta dan disusun khusus, untuk pertahanan serta serangan penggodaman. Proses penciptaan dan penyelarasan projek ini dilaksanakan oleh syarikat teknologi terkenal Amerika Syarikat iaitu Marine Corps. Kata pengarah syarikat tersebut Colonel Drew Cukor, projek Maven ini dilaksanakan dengan menyusun satu set algoritm, menggunakan 75 jalur koding Python, dan ia disimpan dalam satu perisian yang ampuh.
Pada asalnya, penyelidikan berkenaan projek Maven ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu mengurangkan beban kerja yang perlu dihadapi oleh pekerja-pekerja teknologi perkomputeran di negara tersebut. Namun begitu, selepas diuji dan siap dibina, mereka berpendapat bahawa sistem Maven tersebut perlu diintegrasikan dan digunakan oleh sistem ketenteraan negara tersebut, lantaran struktur koding serta jalur sekuriti yang terkandung dalam sistem tersebut mampu digunakan untuk tujuan ketenteraan. Selain menawarkan perlindungan yang ampuh, projek Maven juga memberi keupayaan kepada sistem persenjataan dimana ‘Artificial Intelligence’ yang dibina untuk tujuan peperangan dapat diintegrasikan kedalam senjata serta kelengkapan tentera dengan baik. Projek Maven juga mampu digunakan untuk tujuan penggodaman, dimana godam-balas oleh sistem yang digodam tidak akan dapat dilakukan secara mudah. Di sini, kelebihan di ruang siber akan lebih berpihak kepada pihak yang memiliki ‘Maven’. Namun begitu, perlu diingat bahawa dunia siber amat luas dimana, pintasan koding serta penggubahan koding akan dapat dilaksanakan seandainya perisian tersebut mempunyai kelemahan yang dapat dikesan.
Perang biologi juga dapat dilancar oleh pihak yang memiliki teknologi ini. Sebagaimana kita ketahui, rata-rata aktiviti dalam kehidupan seharian kini dipenuhi dengan teknologi, termasuklah di institusi institusi kesihatan dan perubatan. Ramai pesakit yang dipantau dan dibantu oleh sistem perkomputeran. Seandainya teknologi 5G ini hadir, tidak mustahil akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencuba untuk melancarkan perang biologi dengan hanya menyahaktifkan peralatan peralatan perubatan ini dengan menggodam dari jarak jauh. Akibatnya? Ramai pesakit yang akan gagal dibantu oleh sistem computer perubatann yang mana seterusnya, akan menyebakan kematian berskala besar.
Tidak terkecuali dari perang biologi ini adalah telefon bimbit yang banyak digunakan oleh penduduk dunia. Caranya? Mudah sahaja. Menurut artikel yang ditulis oleh Oisin Curran pada laman ‘How Stuff Works’, penggodaman hanya perlu dilakukan pada telefon telefon tertentu, seterusnya mengubah gelombang frekuensi pada peranti peranti tersebut. Gelombang frekuensi yang terlalu tinggi mampu memberi kesan kesihatan yang teruk kepada manusia dimana, ia mampu mengganggu fungsi-fungsi organ penting dalam badan. Sebagai contoh, otak manusia mampu berfungsi dengan baik sekiranya individu tersebut berada di kawasan yang berfrekuensi tidak lebih dari 20 hingga 20,000 hertz.



Namun begitu, pada frekuensi 19 hertz, sistem badan sudah mula terganggu dimana otak akan mula mengalami gangguan akibat getaran, dimana ia akan memberi kesan kepada sistem saraf seterusnya dan ketika inilah, kegagalan sistem saraf untuk berfungsi dengan baik akan menyebabkan organ-organ lain untuk turut gagal berfungsi. Selain itu juga, gangguan pada frekuensi telefon juga mampu menyebabkan telefon untuk memancarkan gelombang radiasi elektromagnetik yang lebih dari kadar sepatutnya. Lebih memburukkan keadaan, para pesakit yang menerima implan jantung elektrik di dalam badan. Jantung elektrik lebih mudah terganggu dengan gelombang frekuensi dimana ia mampu berhenti berfungsi serta merta tanpa memerlukan masa yang lama. Akibatnya? Pembunuhan berskala besar dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang pelancaran atau tembakan misil dari jarak jauh.

KESIMPULAN
Pada dasarnya, kemunculan teknologi 5G ini mampu memberi banyak manfaat serta kelebihan kepada kita dalam kehidupan seharian. Pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik dan efisyen. Namun begitu, jika disoal adakah ia mampu memberi lebih banyak keburukan dari manfaat, jawapannya adalah bergantung kepada pemilik serta pengguna teknologi tersebut. Tidak dinafikan, dengan hadirnya teknologi 5G, jaringan teknologi perhubungan serta telekomunikasi mampu dinaiktaraf dan dipertingkatkan kepada taraf yang lebih baik. Namun begitu, berdasarkan apa yang diteorikan oleh para pengkaji serta pelopor teknologi, teknologi jalur lebar 5G ini mampu menjadi satu alat untuk mendominasi kuasa dan lebih buruk lagi, ia mampu menyebabkan keadaan perang yang jauh lebih teruk berbanding waktu dahulu.

5G: Hanya Sekadar Teknologi atau Alat Mendominasi? 5G: Hanya Sekadar Teknologi atau Alat Mendominasi? Reviewed by Saiful S. on 8:15 AM Rating: 5

No comments