Benarkah Perkahwinan budak perempuan 11 tahun tidak sah?


Kisah  perkahwinan budak perempuan berusia 11 tahun dengan seorang lelaki 41 tahun itu telah mengundang reaksi pelbagai pihak.

Perkahwinan budak perempuan 11 tahun tidak sah



KUALA LUMPUR – Perkahwinan budak perempuan berumur 11 tahun di Kelantan, yang tular di media sosial sejak Jumaat adalah tidak sah dari segi undang-undang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, ini kerana perkahwinan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada mahkamah untuk  bapa kanak-kanak itu mewalikan anaknya dan menjadi isteri kepada orang yang lebih tua, selain kerana budak itu adalah di bawah umur iaitu 11 tahun.


“Perkahwinan itu tidak sah dan mereka mesti dipisahkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Jamuan Tertutup Eksklusif Sambutan Aidilfitri Bersama 2,000 Anak Yatim Asnaf 2018 anjuran Insaf Malaysia di Stadium Mini Setiawangsa, hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan Presiden Insaf Malaysia Ishak Abdul Kadir.

Di bawah Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua negeri, usia minimum bagi lelaki adalah 18 tahun manakala bagi ­perempuan adalah 16 tahun. Sekiranya mereka di bawah umur, perkahwinan hanya dibenarkan jika ada kebenaran mahkamah dan persetujuan ibu bapa mereka.

Kisah  perkahwinan budak perempuan berusia 11 tahun dengan seorang lelaki 41 tahun itu telah mengundang reaksi pelbagai pihak.

Siasatan awal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan mendapati perkahwinan itu dijalankan di Golok, Thailand dan ibu bapa kanak-kanak itu juga merupakan warganegara Thailand.

Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata usaha pegawai kementeriannya untuk menjejaki individu 41 tahun itu gagal apabila individu tersebut telah melarikan diri dan tidak dapat dihubungi.

Dalam pada itu, beliau berkata, kes perkahwinan tersebut perlu dilihat secara holistik sama ada terdapat unsur-unsur seperti pedofilia, eksploitasi kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak.

Jelas Dr Wan Azizah lagi, sudah tiba masa untuk menaikkan had umur perkahwinan melibatkan kanak-kanak perempuan daripada 16 tahun kepada 18 tahun. - Bernama

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/perkahwinan-budak-perempuan-11-tahun-tidak-sah-1.851149
Benarkah Perkahwinan budak perempuan 11 tahun tidak sah? Benarkah Perkahwinan budak perempuan 11 tahun tidak sah? Reviewed by editor on 2:36 PM Rating: 5

No comments