Benarkah Serunding Boleh Bertahan Sehingga 50 Tahun?



Serunding Boleh Bertahan Sehingga 50 Tahun?

Dalam pembuatan serunding, daging tempatan atau import akan direbus kemudian dicarikkan halus, dicampurkan dengan ramuan seperti bawang putih, bawang besar, lada kering dan santan mengikut kemahiran orang yang membuatnya.

Kemudian serunding akan dikacau tanpa henti selama hampir 4 jam dengan api sederhana besar bagi memastikan serunding betul-betul kering.

Bila dah siap serunding akan dibungkus dalam bekas kedap udara supaya boleh bertahan lama bila dikomersialkan. Bila kita tengok cara pembuatan, teknik serta petua yang diamalkan tak mustahil serunding mampu bertahan sehingga 50 tahun.

Serunding ada banyak jenis yang kita jumpa. Selain serunding daging ada juga serunding ikan bilis, ayam dan ikan. Kini serunding bukan saja dimakan ketika raya tapi boleh dimakan bila-bila masa disebabkan serunding yang telah dikomersialkan di seluruh negara bahkan di luar negara.

Sumber:
https://www.vitdaily.com/benarkah-serunding-mampu-bertahan-puluhan-tahun/
Benarkah Serunding Boleh Bertahan Sehingga 50 Tahun? Benarkah Serunding Boleh Bertahan Sehingga 50 Tahun? Reviewed by editor on 5:55 AM Rating: 5

No comments