Benarkah Sekarang Era Manusia Gila Selfie Yang Selfish?

Ketika pasukan paramedik sedang sibuk merawat mangsa, seorang pemuda muncul dan mengambil 'selfie' di tempat kejadian.

Selfie maksudnya mengambil gambar sendiri.

Selfish maksudnya pentingkan diri sendiri.

Mengambil gambar sendiri tidak salah.

Tetapi mengambil gambar sendiri berlatarbelakangkan situasi orang yang sedang sakit atau susah adalah satu tindakan yang tidak bertimbangrasa atau 'empati'.

Namun, ada segelintir manusia hari ini yang mempunyai tabiat sedemikian.

'Selfie' tak kena tempat


PIACENZA - ITALI. Bukan sahaja tidak menghulurkan bantuan mahupun berasa simpati, malah seorang pemuda tergamak mengambil 'selfie' ketika seorang wanita sedang dirawat akibat dilanggar kereta api.

Dalam kejadian 26 Mei lalu di stesen kereta api Piacenza, seorang wanita Kanada mengalami kecederaan parah dan terbaring di tepi landasan akibat pelanggaran.


Ketika pasukan paramedik sedang sibuk merawat mangsa, seorang pemuda muncul dan mengambil 'selfie' di tempat kejadian.

Aksi pemuda itu sempat dirakam wartawan akhbar,  Giorgio Lambri yang kemudian menulis 'kita sudah hilang sifat kemanusiaan'

Pihak polis berjaya menahan pemuda itu dan mengarahkannya memadam gambar tersebut sebelum dilepaskan.

Namun foto 'selfie' pemuda berkenaan yang terpampang di dada akhbar tempatan Itali telah mengundang kemarahan warga media sosial.

"Manusia semakin menuju kepupusan," tulis seorang pengguna media sosial. - BBC
Benarkah Sekarang Era Manusia Gila Selfie Yang Selfish? Benarkah Sekarang Era Manusia Gila Selfie Yang Selfish? Reviewed by editor on 3:28 AM Rating: 5

No comments