Benarkah Ramai Pimpinan PH Bercakap Seolah-olah Dirinya PM, Kata Hadi Awang?


...pimpinan Pakatan Harapan yang bercakap seolah-olah masing-masing adalah Perdana Menteri ...

Hanya ada seorang sahaja PM, biarkan dia sahaja yang bercakap


PAS Presiden selar pimpinan Pakatan Harapan yang bercakap seolah-olah masing-masing adalah Perdana Menteri

Hadi berkata hal ini salah dan wajar diperbaiki.

"Dalam Harapan ada berbagai ideologi dan masing-masing membuat kenyataan. Sepatutnya hanya ada seorang sahaja PM, biarkan dia sahaja yang bercakap"

"...tetapi masing-masing membuat kenyataan seolah-olah dirinya PM"

"...perkara ini tidak kena, perlu diselaraskan. Pada saya ia tidak betul, mereka perlu perbetulkan, bukan saya", kata Hadi Awang dalam kenyataan akhbar di Marang, Terengganu.

Tidak jelas siapa atau yang kenyataan yang mana satu sebenarnya yang dimaksudkan beliau.

Beliau menyentuh hal ini apabila ditanya berkenaan pertemuannya dengan Dr Mahathir.

Ketika ditanya pandangan beliau tentang desas-desus mengatakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang terburu-buru mahu menggantikan Dr Mahathir, beliau menolak untuk memberikan komen.

Dalam perkembangan yang sama, Hadi Awang melahirkan rasa terima kasih di atas pertimbangan Dr Mahathir mengembalikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/428952
Benarkah Ramai Pimpinan PH Bercakap Seolah-olah Dirinya PM, Kata Hadi Awang? Benarkah Ramai Pimpinan PH Bercakap Seolah-olah Dirinya PM, Kata Hadi Awang? Reviewed by editor on 11:52 AM Rating: 5

No comments