Benarkah PBB atau BN akan hancur?

Akan sokong Kerajan Pakatan Harapan untuk kepentingan rakyat Sarawak

Parti Pemerintah Sarawak Keluar BN

PETALING JAYA: Parti pemerintah Sarawak akan keluar dari Barisan Nasional (BN) mengakibatkan harapan BN untuk kembali berkuasa di pusat hancur.

Walaupun pada saat-saat akhir diminta kekal dalam BN oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Malaysian Insight melaporkan bahawa Part Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah membuat keputusan untuk keluar dari BN, menurut portal Malaysian Insight.

Parti yang dominan di Sarawak itu kini mempunyai 13 kerusi parlimen dan sebelum ini merupakan kerusi 'simpanan' BN. PBB adalah parti komponen kedua terbesar BN.

Keluarnya dari BN akan mengakibatkan parti-parti Sarawak yang lain turut sama keluar dari BN dan akan mengakibatkan kehilangan ahli-ahli politik UMNO/BN.

Keputusan ini telah disampaikan oleh Presiden PBB, Datuk Patinggi Abang Johari Openg pada 31 Mei 2018 kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, dakwa portal berita Malaysian Insight lagi.

Abang Johari dilaporkan berkata Sarawak akan menyokong kerajaan Pakatan Harapan untuk kepentingan Sarawak dan juga Malaysia umumnya.

Abang Johari dilaporkan turut bertemu Datuk Seri Zahid Hamidi selepas bertemu Tun Fr Mahathir.

Menurut sumber tersebut, "Zahid memberitahu BN akan hancur jika PBB keluar". 

Sumber:
http://www.thesundaily.my/news/2018/06/07/sarawak-ruling-party-pull-out-bn
Benarkah PBB atau BN akan hancur? Benarkah PBB atau BN akan hancur? Reviewed by editor on 11:22 AM Rating: 5

No comments