Benarkah Pakatan Harapan Langgar Manifesto Mereka Sendiri Dalam Isu Nama Peguam Negara?

 
Tiada nama lain selain Tommy. Hanya satu nama diserahkan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Tommy cadangan tunggal HARAPAN untuk jawatan peguam negara

Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mencadangkan peguam veteran Tommy Thomas sebagai calon peguam negara.

Sumber yang dekat dengan kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa Tommy merupakan nama yang dipilih sebulat suara dan namanya telah diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong minggu lalu.

Bagaimanapun, pemilihan Mesyuarat Majlis Raja-Raja dikatakan menggesa agar nama yang diberikan untuk jawatan itu adalah daripada orang Muslim.

Ditanya sama ada kerajaan mempunyai calon cadangan lain, sumber berkata hanya nama Tommy yang diserahkan.

"Tiada nama lain selain Tommy. Hanya satu nama diserahkan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Semalam, Anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin melalui tulisan di blognya berkata, pihak istana perlu menghormati Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan agar baginda bertindak mengikut nasihat kerajaan.

Dalam hal ini Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebenarnya melanggar Manifesto Mereka sendiri.

Rujuk Buku Harapan halaman 53:
Peguam Negara akan dilantik dari kalangan ahli parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan. 



Download buku dari sini (amazon aws) atau sini (google drive).

Sumber:
1. https://www.malaysiakini.com/news/428017
2. https://www.malaysiakini.com/news/427891
3. https://kempen.s3.amazonaws.com/pdf/Buku_Harapan.pdf
Benarkah Pakatan Harapan Langgar Manifesto Mereka Sendiri Dalam Isu Nama Peguam Negara? Benarkah Pakatan Harapan Langgar Manifesto Mereka Sendiri Dalam Isu Nama Peguam Negara? Reviewed by editor on 6:32 AM Rating: 5

No comments