Benarkah Mukhriz Sedang Pujuk PAS dan BN?

Sekarang kita dalam peringkat memujuk (pihak pembangkang) dan pujukan kami itu diterima baik oleh sesetengah pihak

Isu lantikan speaker selesai tidak lama lagi

PETALING JAYA - Pakatan Harapan Kedah yakin soal pelantikan speaker Dun akan dapat di selesaikan  secepat mungkin memandangkan pakatan itu  kini sedang berunding dengan pihak pembangkang di negeri itu kata  Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata sidang pertama Dun dirancang untuk diadakan pada 1 Julai.


“Sekarang kita dalam peringkat memujuk (pihak pembangkang) dan pujukan kami itu diterima baik oleh sesetengah pihak.

“Kita merancang untuk mengadakan persidangan pertama Dun pada 1 Julai. Jadi sebelum itu kita perlu menyelesaikan beberapa perkara dan saya rasa segala-galanya berjalan lancar. Saya tidak bimbang sangat tentang perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis  Presiden  Pakatan Harapan di sini hari ini.

Kerajaan negeri belum membuat keputusan mengenai jawatan Speaker Dun kerana ia memerlukan  konsensus semua pihak yang terbabit.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Pakatan Harapan menang 18 daripada 36 kerusi Dun Kedah , Pas (15) dan  BN (3).

Ditanya kemungkinan diadakan pilihan raya semula di Kedah, Mukhriz  berkata itu  tidak perlu kerana akan memakan  belanja yang besar.

“Saya difahankan oleh suruhanjaya pilihan raya,  pilihan raya negeri akan memakan belanja RM18 juta.  Ini sangat mahal,  membuang masa..keletihan ketika pilihan raya lepas masih belum hilang dan tiada sesiapa yang mahu menghadapi pilihan raya sekali lagi sekarang.” katanya. - Bernama

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/isu-lantikan-speaker-selesai-tidak-lama-lagi-1.841466
Benarkah Mukhriz Sedang Pujuk PAS dan BN? Benarkah Mukhriz Sedang Pujuk PAS dan BN? Reviewed by editor on 8:15 PM Rating: 5

No comments