Benarkah Lim Guan Eng Keterlaluan Mentafsir Semangat Malaysia Baru?

Kami terkejut dengan sikap beliau  dalam isu bahasa yang tidak pernah dibangkit oleh pimpinan kerajaan yang lain sebelum ini.


Lim Guan Eng keterlaluan tafsir Malaysia Baharu


KUALA LUMPUR – Badan bukan kerajaan (NGO) Teras Pengupayaan Melayu (Teras) hari ini membantah tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk terus mengeluarkan kenyataan media utama kementeriannya dalam Bahasa Mandarin.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sikap yang ditunjukkan Guan Eng ini nyata keterlaluan dalam menafsirkan semangat Malaysia Baharu sedangkan ia melampaui kehendak rakyat dalam pilihan raya umum lalu.


“Konsep multilingualism yang beliau nyatakan itu tidak menjadi dasar di negara ini. Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa Kebangsaan adalah dasar dan ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Memang bahasa etnik lain tidak dilarang malah diberi ruang untuk diguna, tetapi BM adalah bahasa rasmi kerajaan dalam semua urusan.

“Kemahuan rakyat ialah membangunkan negara dengan identiti nasional dalam kerangka bahasa kebangsaan yang disepakati bersama berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng hari ini yang mempertahankan tindakannya yang mengeluarkan kenyataan media Kementerian Kewangan dalam Bahasa Mandarin selepas didakwa tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Dalam satu kenyataan berbahasa Mandarin, setiausaha agung DAP itu berkata, penggunaan bahasa berkenaan melambangkan pengiktirafan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap aspek kepelbagaian bahasa dan globalisasi.

Mohd Azmi juga kesal apabila isu bahasa tidak pernah dibangkit oleh pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Isu bahasa telah membawa rakyat berdemonstrasi di jalan raya beberapa kali dalam sejarah negara.

“Kami ingatkan, jangan kerajaan baru yang memerintah kali ini mencetuskan kebangkitan rakyat untuk memastikan agenda bahasa kebangsaan didaulatkan.

“Kami mengesa agar Perdana Menteri menegur sikap Guan Eng agar beliau akur kepada kemahuan majoriti rakyat iaitu mendaulatkan BM,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Sumber:
https://malaysiagazette.com/2018/06/25/lim-guan-eng-keterlaluan-tafsir-malaysia-baharu/


Guan Eng keterlaluan tafsir semangat Malaysia Baharu

Kuala Lumpur: Alasan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bahawa kementeriannya akan meneruskan penggunaan kenyataan media dalam bahasa Mandarin menunjukkan beliau keterlaluan dalam mentafsir semangat Malaysia Baharu.
https://www.klik.com.my/item/story/6333950/guan-eng-keterlaluan-tafsir-semangat-malaysia-baharu


Kenyataan Media Teras

25 hb Jun 2018

Lim Guan Eng Salah mempertahankan Kenyataan Dalam Bahasa Mandarin.

Kami membantah kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa dia akan meneruskan mengeluar kenyataan media utama kementerian kewangan dalam bahasa Mandarin.

Konsep multilingualism yang beliau nyatakan itu  tidak menjadi dasar dinegara ini.

Bahasa Melayu ( BM ) sebagai bahasa Kebangsaan adalah dasar dan ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memang bahasa etnik lain tidak di larang malah diberi ruang utk diguna, tetapi BM adalah bahasa resmi kerajaan dalam semua urusan. 

Untuk Guan Eng beralasan ini adalah Malaysia Baharu ternyata beliau melampaui semangat  yang diidamkan oleh rakyat dalam PRU 14.

Kami melihat sikap Guan Eng adalah keterlaluan dalam mentafsir semangat Malaysia Baharu.

Kami terkejut dengan sikap beliau  dalam isu bahasa yang tidak pernah dibangkit oleh pimpinan kerajaan yang lain sebelum ini.

Isu bahasa telah membawa rakyat berdemonstrasi di jalanraya beberapa kali dalam sejarah negara. Kami ingatkan , jangan kerajaan baru yang memerintah kali ini mencetuskan kebangkitan rakyat untuk memastikan agenda bahasa kebangsaan didaulatkan.

Kemahuan rakyat ialah membangunkan negara dengan identiti nasional dalam kerangka bahasa kebangsaan yang disepakati bersama berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Kami mengesa agar Perdana Menteri menegur sikap Guan Eng agar beliau akur kpd kemahuan majoriti rakyat iaitu  mendaulatkan BM.

Mohd Azmi Abdul Hamid 
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras)


Benarkah Lim Guan Eng Keterlaluan Mentafsir Semangat Malaysia Baru? Benarkah Lim Guan Eng Keterlaluan Mentafsir Semangat Malaysia Baru? Reviewed by editor on 4:14 PM Rating: 5

No comments