Benarkah Lebih 400,000 Peminjam PTPTN Akan Dibuang Dari Senarai Hitam?

Tindakan ini bagi memenuhi manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH)

Lebih 400,000 peminjam PTPTN ‘diputihkan’


KUALA LUMPUR: Sebanyak 429,945 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikeluarkan daripada senarai hitam sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sejak 24 Mei lepas.

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata proses “pemutihan” nama peminjam itu diselesaikan sepenuhnya Jun lepas, seminggu lebih awal daripada tarikh yang dijangka iaitu 15 Jun.



Bagaimanapun, beliau meminta mereka yang dikeluarkan daripada senarai hitam berkenaan supaya terus membayar hutang pinjaman pendidikan masing-masing.

“Tindakan ini bagi memenuhi manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) iaitu memansuhkan dasar (sekatan perjalanan itu),” katanya pada sidang media hari ini.

Susulan langkah itu, katanya, kaunter PTPTN di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ditutup sepenuhnya berkuat kuasa 1 Julai ini.

Wan Saiful, yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), menggantikan Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah sebagai pengerusi PTPTN berkuat kuasa 18 Jun lepas.

Wan Saiful berkata pembayaran balik pinjaman pendidikan secara konsisten akan memastikan peminjam tidak mempunyai hutang tertunggak selain rekod mereka bersih dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Selain rekod CCRIS yang bersih, katanya, peminjam PTPTN yang membuat pembayaran lebih awal akan mendapat penjimatan pinjaman ujrah sebanyak 1% selain diskaun 20% untuk bayaran penuh atau 10% untuk bayaran 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

CCRIS adalah sistem berpusat yang dibangunkan Bank Negara Malaysia bagi mengumpul dan menyimpan semua data berkaitan kredit atau hutang milik individu atau syarikat dengan bank serta institusi lain dan menjadi rujukan semua institusi kewangan atau penyedia kredit di Malaysia.

Ditanya mengenai manifesto PH untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan, beliau berkata peminjam terbabit perlu meneruskan pembayaran balik sehingga satu pengumuman rasmi dibuat PTPTN pada Ogos nanti.

Sumber:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/26/lebih-400000-peminjam-ptptn-diputihkan/
Benarkah Lebih 400,000 Peminjam PTPTN Akan Dibuang Dari Senarai Hitam? Benarkah Lebih 400,000 Peminjam PTPTN Akan Dibuang Dari Senarai Hitam? Reviewed by editor on 10:15 PM Rating: 5

No comments