Benarkah Jho Low di Macau?

pihak berkuasa tidak dapat menahan Jho Low kerana negara ini tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Macau

Benarkah Jho Low di Macau?


Tokoh usahawan kontroversial Low Taek Jho, yang sedang diburu oleh pihak berkuasa Malaysia berhubung skandal berbilion dolar dana 1MDB, dipercayai bersembunyi di Macau, menurut laporan The Malaysian Reserve.

Akhbar itu, yang memetik sumber kerajaan berkata pihak berkuasa tidak dapat menahan Jho Low kerana negara ini tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Macau.

Pada 7 Jun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Jho Low tampil bagi membantu siasatan berhubung SRC International Sdn Bhd.

Dan seorang lagi yang dicari SPRM adalah Nik Faisal Ariff Kamil yang merupakan pengarah SRC International. Dia merupakan ketua pegawai eksekutif ketika SRC International ditubuhkan pada 2011 sebagai syarikat subsidiari 1MDB.

Kedua-dua individu itu sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka dikehendaki pihak berkuasa sejak siasatan ke atas SRC International dan 1MDB dimulakan pada 2015, namun mereka dipercayai berada di luar negara.

SRC International ditubuhkan sebagai syarikat pelaburan strategik bagi sektor tenaga. Seperti 1MDB, syarikat itu bergantung pada pinjaman kewangan yang besar untuk memulakan operasi.

SRC International sebelum ini meminjam RM 4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) namun sehingga kini tidak dapat dipastikan hasil pulangan pelaburan berkenaan.

Pada 30 Mei lalu, Malaysiakini melaporkan SRC International tidak dapat membayar hutang dan terpaksa ditanggung Kementerian Kewangan.


Read more at https://www.kinitv.com/video/62158O74#MFg3PuXOGeIUjrmH.99
Benarkah Jho Low di Macau? Benarkah Jho Low di Macau? Reviewed by editor on 10:58 PM Rating: 5

No comments