Benarkah Ebit Lew Sebak Apabila Bertemu YDPA?

..setiap cacian kita, kita akan tanggung. Setiap tulisan atau ucapan kita tidak akan terlepas diakhirat nanti..

Apakah yang membuatkan Ebit Lew sebak ketika bertemu YDPA?

Jom baca coretan beliau di bawah...

- - - - - - - - - -

Sebak rasa dapat Tarawih dan Qiamulail bersama KDYMM Sultan Muhammad V. Syukur pada Allah..

Bukan senang nak cari pemimpin yang Tawaduk begini. Selalu kemana-mana pakai jubah lengan pendek jer..jaga solat berjemaah walau dimana pun.

Masa mula-mula lantik YDPA dulu saya ada berdoa supaya Allah ketemukan dengan KDYMM YDPA ini..dari pertama perlantikan YDPA Solat Subuh berjemaah di Masjid. Subhanallah. Allah punya dunia ini..walau seorang raja berusaha menjadi hamba Allah..daulat tuanku ditukar kepada Allahuakbar. Allah Maha Besar..beliau tak bagi orang tunduk sembah..sebak lak rasa..

Semua Khalifah dulu sangat menjaga solat. Aisyah ra kata apabila azan dilaungkan Nabi saw seolah-olah tak kenal kami. Saidina Umar ra berkata, sesiapa sempurnakan solat,dia akan sempurnakan perintah Allah yang lain. Siapa cuaikan solat dia akan cuaikan perintah Allah yang lain.. Bagaimana kita boleh bahagia tanpa dahi sujud pada Allah..

Ramai penuh masjid datang solat bersama. Rupanya begini setiap tahun di kelantan. Rakyat solat dan menanti LailatulQadar bersama sultannya..

Sedih bila baca pasal fitnah dan cacian kepada KDYMM YDPA. Semoga Allah lindungi kita semua. Sebab setiap fitnah kita kepada orang lain dosanya lebih teruk dari membunuh. Inikan pula kepada orang yang hidupnya zuhud begini..setiap cacian kita, kita akan tanggung. Setiap tulisan atau ucapan kita tidak akan terlepas diakhirat nanti..

Cuba lihat terkini surat Istana potong elaun dirinya dan majlis jamuan raya. Kita orang biasa pun ada majlis makan-makan raya..

Semoga Allah lindungi KYDMM YDPA dari segala fitnah dan semoga Allah terus rahmati dan berkati hidup dan umur dalam ketakwaan serta diRedhai Allah

Ya Allah rahmatilah KDYMM YDPA Sultan Muhammad V dan rahmatilah negara kami Malaysia dengan Takwa dan akhlak yang mulia

Pohon doakan saya nak buat program keluargasunnah untuk semua pemimpin Islam. Siapalah kita tanpa Redha Allah. Kita tiada jika Allah tak jadikan kita. Dijadikan Allah itu nikmat dan nikmat itu dirasai jika kita kenal Allah. Pohon doa semua juga supaya saya dapat buat sesuatu untuk anak remaja kita yang tersasar sedangkan mereka anak yang baik -ebitlew


Sumber:
https://www.facebook.com/ebitlew/posts/1711950412256568


Benarkah Ebit Lew Sebak Apabila Bertemu YDPA? Benarkah Ebit Lew Sebak Apabila Bertemu YDPA? Reviewed by editor on 10:04 AM Rating: 5

No comments