Benarkah ADUN BN Curi Duit Rakyat Di Jempol?

Ekoran dakwwan mencuri duit rakyat melalui projek pembersihan Sungai Bahau yang melibatkan empat kawasan.


Saya tak curi duit rakyat



JEMPOL - Adun Jeram Padang, Datuk L Manickam kesal apabila ada pihak yang sengaja melontarkan fitnah terhadapnya sehingga menjejaskan nama baiknya.

Menurutnya, perkara tersebut tidak sewajarnya berlaku susulan fakta tepat boleh diperoleh melalui agensi terlibat sepertimana yang mendakwanya mencuri duit rakyat melalui projek pembersihan Sungai Bahau yang melibatkan empat kawasan.


“Saya ingin memberi penjelasan tentang fitnah yang dilemparkan kepada saya berkenaan kos RM56,000 yang diperuntukkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk pembersihan sungai berkenaan.

“Duit itu adalah wang kerajaan yang hanya akan dibayar terus oleh JPS kepada kontraktor yang membersihkan sungai tersebut secara berjadual,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, jumlah yang didakwa tersebut hanya melibatkan pembersihan berjadual untuk sungai Bahau melibatkan kawasan simpang Kampung Taman Jaya (jalan Era Golf), Taman Desa Puteri, Taman Bahau, Taman Kasih Putera dan Taman Cempaka.

“Ia bukan melibatkan Kampung Taman Jaya, susulan parit dan sungai di Kampung Taman Jaya semuanya terletak di atas tanah milik persendirian. Pemilik tanah tidak mahu memberi kebenaran, berikutan mereka bimbang jika jentera JCB masuk lokasi itu akan menyebabkan parit sedia ada menjadi lebar dan dalam hingga menjadi sungai besar.

“Manakala program NBOS melalui Majlis Daerah Jempol di Kampung Taman Jaya juga tidak melibatkan pembersihan dalam kawasan persendirian,” katanya.

Manickam berkata, pihaknya sudah membuat permohonan peruntukan tambahan daripada kerajaan untuk membuat pengambilan tanah daripada pemilik berkenaan untuk projek tersebut.

Menurutnya, selaku Adun BN, beliau tidak pernah sentuh satu sen pun wang kerajaan selain hanya bertanggungjawab untuk membuat permohonan dan merayu sahaja.

“Penentuan kos perbelanjaan dan pemilihan syarikat untuk pembersihan sungai adalah di bawah urusan JPS dan bukan kerja Adun.

“Oleh demikian saya akan terus membuat laporan polis terhadap pihak ataupun individu yang tidak bertanggungjawab ini yang memfitnah sehingga menjejaskan nama baik saya,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/saya-tak-curi-duit-rakyat-1.841198
Benarkah ADUN BN Curi Duit Rakyat Di Jempol? Benarkah ADUN BN Curi Duit Rakyat Di Jempol? Reviewed by editor on 8:10 AM Rating: 5

No comments