Benarkah Ada Timbalan Dekan UMK Ciplak Hasil Thesis PhD Orang Lain?

Bila dah keluar macam ini baru nak bagi kat saya. Maknanya mereka sebelum ini tak bagi pun dekat saya laporan itu.

UMK: Timbalan dekan ciplak tesis PhD mungkin dipecat


PETALING JAYA: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan mengambil tindakan sewajarnya, jika hasil siasatan mendapati dakwaan seorang timbalan dekannya menciplak karya orang lain dalam tesis ijazah doktor falsafahnya (PhD), adalah benar.

“Mengikut Jawatankuasa Tatatertib, ada 2 (tindakan), kalau bukan buang kerja, turun pangkat dan denda-denda yang lain,” kata Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Husaini Omar kepada FMT.

Beliau mengulas dakwaan seorang individu bernama Nusra Fedeli dari Kota Kinabalu menerusi e-melnya kepada FMT mengatakan seorang bekas pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menciplak karya drama terapi Eropah “bulat-bulat” dalam tesis PhD beliau, diterima bekerja di UMK dan kemudiannya dilantik sebagai timbalan dekan.

Nusra berkata, beberapa e-mel dan surat dihantar ke pejabat Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed pada 2015 untuk memaklumkan tindakan ahli akademik itu, tetapi tiada respons sehingga kini.

Husaini berkata, beliau baru tahu mengenai dakwaan itu dan pensyarah terbabit diambil pengurusan di bawah bekas naib canselor UMK.

“Saya baru 6 bulan di UMK. Tengah tengok (dakwaan yang dibuat)…ramai yang kata macam itu (ciplak untuk tesis PhD).

“Bila dah keluar macam ini baru nak bagi kat saya. Maknanya mereka sebelum ini tak bagi pun dekat saya laporan itu.

“Kita dalam proses untuk memperbetulkan. Itu hasrat saya dihantar ke situ (UMK). Memperbetulkan banyak benda yang tak betul.”

Sumber:

Benarkah Ada Timbalan Dekan UMK Ciplak Hasil Thesis PhD Orang Lain? Benarkah Ada Timbalan Dekan UMK Ciplak Hasil Thesis PhD Orang Lain? Reviewed by editor on 10:37 AM Rating: 5

No comments