Benarkah Ada Lompong Dalam Akta Anti Rasuah Yang Baharu?

...penjawat awam hanya dijadikan sebagai ‘dadu’ oleh ikan jerung seperti ahli politik atau orang kepentingan untuk menggerakkan ‘permainan’ mereka ...

Jangan biar ada lompong dalam akta antirasuah yang baharu


KUALA LUMPUR 13 Jun — Undang-undang baharu yang membenarkan langkah punitif diambil terhadap penjawat awam yang sengaja menyebabkan ketirisan dan pembaziran kewangan dana kerajaan perlu diperluaskan skopnya kepada ahli-ahli politik dan individu yang memberi arahan untuk melakukan salah laku berkenaan.

Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar berkata, dalam kebanyakan kes, penjawat awam hanya dijadikan sebagai ‘dadu’ oleh ikan jerung seperti ahli politik atau orang kepentingan untuk menggerakkan ‘permainan’ mereka.


“Oleh yang demikian, akta tersebut perlu diperluaskan dengan memasukkan peruntukan undang-undang yang lebih terperinci dan meluas secara khusus. Saya nampak lompong-lompong ini perlu diperbaiki supaya perjalanan akta ini lebih komprehensif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Pengarah Pusat Tadbir Urus, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed memberitahu, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) bersetuju untuk menggubal satu undang-undang baharu berhubung antirasuah terhadap pegawai yang sengaja menyebabkan ketirisan, pemborosan atau pembaziran dana kewangan kerajaan.

Sehubungan itu, Abu Kassim meminta semua kementerian mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga kelemahan dalam undang-undang, dasar dan peraturan sedia ada berkaitan kementerian terbabit yang boleh menyumbang ke arah pembaziran tersebut. -UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-biar-ada-lompong-dalam-akta-antirasuah-yang-baharu-1.690830#ixzz5IHkutykn
© Utusan Melayu (M) Bhd
Benarkah Ada Lompong Dalam Akta Anti Rasuah Yang Baharu? Benarkah Ada Lompong Dalam Akta Anti Rasuah Yang Baharu? Reviewed by editor on 2:49 PM Rating: 5

No comments