Benarkah Peguam tawar ganjaran RM10K tangkap penghina nabi, agong

Sejak Pakatan Harapan (Harapan) memenangi PRU14 dan mengatakan kebebasan media, rakyat di bawah rasa boleh cakap apa sahaja perkara, bebas untuk memaki hamun dan membuatkan orang begini semakin besar kepala

Peguam tawar ganjaran tangkap penghina nabi, agong


SHAH ALAM - Seorang peguam sanggup menawarkan ganjaran lumayan kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan individu yang menghina Rasulullah dan Yang di-Pertuan Agong di media sosial jika pihak berkuasa gagal bertindak dengan segera.

Peguam, Datuk Abu Backer Sidek berkata, jika perkara itu dibiarkan berleluasa maka ia akan menggugat keamanan negara dan tidak mustahil peristiwa 13 Mei mungkin berulang.


"Semalam saya buat kenyataan akhir kepada polis untuk mereka keluarkan kenyataan dan beri amaran kepada rakyat mengenai perkara ini, jika mereka tak buat, saya sendiri akan buat.

"Maksudnya saya pergi kepada mana-mana media massa yang sanggup untuk buat iklan tawaran, mungkin RM10,000 sebagai duit ganjaran kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu tersebut," katanya.

Menurutnya, Malaysia mempunyai undang-undang dan umat Islam di sini amat berdisiplin apabila tidak mencari individu terbabit sebaliknya hanya membuat laporan polis untuk diambil tindakan.

"Sejak Pakatan Harapan (Harapan) memenangi PRU14 dan mengatakan kebebasan media, rakyat di bawah rasa boleh cakap apa sahaja perkara, bebas untuk memaki hamun dan membuatkan orang begini semakin besar kepada.

"Sebagai orang Islam, saya tidak boleh terima penghinaan terhadap nabi saya, jadi saya ambil keputusan melaporkan kepada polis, melalui saluran yang betul," katanya.

Terdahulu, laporan polis dibuat oleh beberapa individu dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan tindakan individu yang didakwa menghina Rasulullah dan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V ketika majlis angkat sumpah Perdana Menteri ketujuh di Istana Negara beberapa hari lalu.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/peguam-tawar-ganjaran-tangkap-penghina-nabi-agong-1.841027
Benarkah Peguam tawar ganjaran RM10K tangkap penghina nabi, agong Benarkah Peguam tawar ganjaran RM10K tangkap penghina nabi, agong Reviewed by editor on 7:14 PM Rating: 5

No comments