Benarkah Ikan Segar Naik Harga?

ekoran kekurangan bekalan namun memdapat permintaan tinggi daripada pengguna?

Ikan segar naik harga

KUALA KEMAMAN - Harga ikan segar di sini naik antara RM2 hingga RM3 sekilogram sejak awal Ramadan lalu ekoran kekurangan bekalan namun memdapat permintaan tinggi daripada pengguna.

Tinjauan Sinar Harian di Pasar Kuala Kemaman hari ini mendapati kesemua jenis ikan mengalami kenaikan harga antaranya, ikan kembung yang sebelum bulan puasa lalu berharga antara RM15 dan RM16 sekiloram naik kepada RM18 sekilogram dan ikan tongkol dari harga RM5 naik kepada RM8 sekilogram.

Turut naik harga adalah ikan selar yang sekarang berharga RM18 sekilogram, ikan kerisi RM12 sekilogram dan ikan ebek RM20 sekilogram.

Peniaga, Ramdhan Jusoh berkata, kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan kerana kekurangan bekalan selain tindakan nelayan pesisir pantai menjual ikan secara terus kepada tauke bot nelayan laut dalam.

Katanya, keadaan itu menyebabkan peniaga tersepit kerana terpaksa menjual dengan harga sedikit tinggi berdasarkan harga belian ikan dengan tauke bot laut dalam dan pada masa sama terpaksa mendengar rungutan daripada pembeli.

"Kami pun jual cuma ambil untung seriyal samah (antara seringgat dan 50 sen) saja dan kami sokmo terangkan kepada pembeli kalau mereka merungut.

"Sepanjang 16 tahun saya jual ikan di sini, cuma kali ini harga ikan mahal sikit, memang tak dapat nak elak sebab kalau tidak memang tak dapat bayar gaji kuli (pekerja) dan tak mampu tanggung kos air batu," katanya yang menggaji 12 pekerja.

Melihat kepada kekurangan bekalan ketika ini, Ramdhan juga menjangkakan harga ikan segar akan terus naik menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurutnya, ikan tongkol atau aya yang kini berharga RM8 sekilogram boleh meningkat kepada RM12 apabila menghampiri Syawal nanti.

Justeru bagi mengawal harga ikan segar, pihak berkaitan dicadangkan melakukan pemeriksaan terhadap tauke bot laut dalam yang menjadi peraih utama sekali gus menentukan harga ikan di pasaran.

Susulan harga ikan yang diambil dari peraih agak mahal, tinjauan juga mendapati ramai peniaga di Pasar Kuala Kemaman tidak berniaga sejak beberapa hari lalu.

Kata Ramdhan, segelintir rakan-rakannya tidak berniaga kerana keuntungan yang tidak berbaloi selain simpati kepada pengguna jika menjual dengan harga tinggi.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/terengganu/ikan-segar-naik-harga-1.839592
Benarkah Ikan Segar Naik Harga? Benarkah Ikan Segar Naik Harga? Reviewed by editor on 5:51 AM Rating: 5

No comments