Benarkah Hak Melayu akan dihapuskan di bawah kerajaan Pakatan Harapan?

DSAI telah menekankan bahawa dasar tindakan afirmatif lama yang memberi hak istimewa kepada kaum Melayu yang merupakan etnik majoriti di Malaysia mesti dihapuskan dan digantikan

Benarkah Hak Melayu akan dihapuskan di bawah kerajaan Pakatan Harapan?


Dalam temu bual dengan The Associated Press (17 Mei 2018), Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menekankan bahawa dasar tindakan afirmatif lama yang memberi hak istimewa kepada kaum Melayu yang merupakan etnik majoriti di Malaysia mesti dihapuskan dan digantikan dengan program baru yang membantu golongan miskin tanpa mengira kaum.

Walau bagaimanapun, beliau nampaknya telah menukar fikiran dalam The Malay Mail pada 21 Mei 2018 dengan mesej mudah untuk etnik Melayu yang takut kehilangan faedah yang mereka nikmati di bawah pemerintahan Barisan Nasional sejak enam dekad yang lalu: Jangan risau.

Apabila ditanya sama ada beliau akan memansuhkan peraturan tindakan afirmatif tersebut sebaik saja beliau menjadi Perdana Menteri, Anwar berkata beliau akan "menghormati jaminan" untuk etnik Melayu seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan. Beliau menambah bahawa kaum lain juga akan menerima sokongan negara berdasarkan merit dan keperluan.

Anwar, yang dijangka menggantikan Perdana Menteri berusia 92 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad dalam 1-2 tahun akan datang, berkata Malaysia mesti memberi jaminan kepada kaum Melayu, sebagai etnik terbesar di Malaysia, bahawa hak-haknya akan ditegakkan.

"Kita tentu akan melindungi kedudukan Bumiputera di Malaysia dari segi memberi mereka peluang, tetapi bukanlah memberi kekayaan kepada mereka sehingga menjadi jutawan," katanya di kediamannya di Kuala Lumpur sejurus selepas dibebaskan dari penjara.

Anwar berkata beliau kini menumpukan perhatian untuk membetulkan ketidaksamaan ekonomi, yang menurutnya menjadi lebih buruk di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Dato‘ Seri Najib Tun Razak.

Anwar berkata beliau sedar bahawa pengundi mungkin akan melihat kerajaan baru sebagai "Umno 2.0" memandangkan ia mempunyai ramai bekas ahli UMNO, termasuk dirinya sendiri. Namun, katanya, sesiapa yang dilihat sebagai korup tidak akan dibenarkan berada dalam kerajaan sebagai usaha untuk mengekalkan sokongan rakyat selepas tempoh ‘bulan madu’ awal Pakatan Harapan berakhir.

Sumber:
1. https://www.apnews.com/fd0ca6e7b6b44219a566aae972e72192/AP-Interview:-Anwar-wants-Malaysia-to-scrap-race-policies
2. https://www.malaymail.com/s/1633058/anwar-reassures-malays-who-fear-they-may-lose-racial-advantage
Benarkah Hak Melayu akan dihapuskan di bawah kerajaan Pakatan Harapan? Benarkah Hak Melayu akan dihapuskan di bawah kerajaan Pakatan Harapan? Reviewed by editor on 6:12 PM Rating: 5

No comments