Benarkah Hadi Awang Tidak Jawab Soalan Pengacara Astro Awani?

Ada komen-komen yang menyatakan bahaya TGHH tidak menjawab soalan yang diberikan oleh pengacara Astro Awani

Memahami Ucapan Seorang Negarawan dan Ulama


Ada komen-komen yang menyatakan bahaya TGHH tidak menjawab soalan yang diberikan oleh pengacara Astro Awani ketika siaran langsung tengahari tadi.

Jawapan pendeknya, Itulah kelebihan seorang pemimpin ulama yang bersifat negarawan.

Sekiranya ingin diulas lebih lanjut, kita perlu faham bahawa, apabila sesuatu soalan diajukan, ada motif disebalik soalan tersebut.

TGHH terus menjawab kepada motif soalan tersebut dan tidak membuang masa dengan ‘bunga-bunga’ bahasa yang ditanya. Ada ketikanya TGHH menfokuskan kepada ‘end in mind’ yang ingin dicapai dan kefahaman yang ingin diberikan. Ketika yang lain, TGHH memulakan dengan memberikan contextual informations dahulu sebelum memberikan jawapan kepada soalan yang ditanya.

Contohnya seperti berikut; 

Bagi soalan tentang kenyataan Dato Mohd Amar, cara TGHH menjawab adalah dengan menerangkan tentang kepelbagaian ahli & pemimpin dalam PAS dan memberikan teguran dengan bahasa yang halus.

Bagi soalan tentang parti Amanah pula, TGHH menjawab dengan menfokuskan kepada ‘’end in mind” , yakni pandang ke hadapan dan nyatakan apa yang beliau ingin lihat berlaku. Konsep ini juga dipanggil Design Thinking - yakni melihat dengan pandangan ingin mencari penyelesaian dan bukannya fokus kepada apa yang salah serta isu-isu berkaitannya.

Sebagai panduan, bagi memahami apa yang TGHH cakapkan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuang dahulu cognitive bias sekiranya ada. Seterusnya dengar semula dengan hati yang terbuka dan minda yang kritikal tentang apa yang TGHH katakan.

InsyaAllah apa yang TGHH terangkan selepas itu akan dapat difahami dengan lebih mudah.

Selamat mencuba 😊

Akademi Kepimpinan Pemuda
Benarkah Hadi Awang Tidak Jawab Soalan Pengacara Astro Awani? Benarkah Hadi Awang Tidak Jawab Soalan Pengacara Astro Awani? Reviewed by editor on 6:53 PM Rating: 5

No comments