Benarkah Arul Kanda Berbohong Tentang 1MDB?

Adakah Arul Kanda telah melanggar Seksyen 202 dan 203 Kanun Keseksaan juga Seksyen 592 Akta Syarikat ?

Dakwa Arul Kanda berbohong, Ahli Parlimen Kepong buat laporan polis

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy kerana didakwa berbohong berhubung status kewangan syarikat itu.

Dalam laporannya, Lip Eng mendakwa Arul Kanda mungkin telah melanggar Seksyen 202 dan 203 Kanun Keseksaan juga Seksyen 592 Akta Syarikat apabila dikatakan telah memberikan maklumat palsu bahawa syarikat itu tidak bankrap dan mampu membayar hutang melalui pelan rasionalisasi.

BACA: Guan Eng dedah perincian hutang RM1 trilion

Namun, kenyataan yang diperoleh daripada dua pengarah 1MDB ketika siasatan Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa syarikat itu kini bankrap dan tidak lagi mampu membayar hutangnya.

BACA: Pengarah sahkan 1MDB tidak mampu bayar hutangnya - Lim Guan Eng

BACA: Bayaran BNM dan Khazanah kepada MoF diguna untuk bayar hutang 1MDB

Terdahulu, Arul Kanda mendakwa tidak tahu tentang urusan 1MDB kerana sedang bercuti (garden leave) dan menafikan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

BACA: 'Salah laku 1MDB didakwa berlaku sebelum saya sertai syarikat' - Arul Kanda

BACA: 'I answered everything truthfully, I just didn't have documents' - Arul Kanda

Arul Kanda juga berkata telah melantik peguam, di atas kapasiti individu, untuk menilai apakah tindakan undang-undang terhadap dakwaan itu.

Dalam reaksi balas, Guan Eng mengalu-alukan tindakan undang-undang oleh Arul Kanda terhadapnya.

BACA: Arul Kanda nak saman? Silakan - Lim Guan Eng

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwa-arul-kanda-berbohong-ahli-parlimen-kepong-buat-laporan-polis-176544






Tag: lim lip eng, lim guan eng, tony pua, ong kian ming, dap, arul kanda, ismee ismail, ltat, src international, kwap, epf, kwsp


Benarkah Arul Kanda Berbohong Tentang 1MDB? Benarkah Arul Kanda Berbohong Tentang 1MDB? Reviewed by editor on 5:22 PM Rating: 5

No comments