Benarkah Ada NGO Paksa Kedai Kosongkan Peti Arak?

Kakitangan kedai serbaneka sedang bercakap dengan kumpulan Jabat. (Gambar Facebook)

NGO paksa kedai kosongkan peti arak, kemudian lapor polis

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Perak yang dikenali sebagai Jabat memaksa sebuah kedai serbaneka di Manjoi mengosongkan peti arak dan kemudian membuat laporan polis serta mengisytiharkan berjaya membanteras penjualan arak.

Dalam video dimuatnaik di Facebook “Faizal Yus”, sekumpulan pemuda dirakam mengelilingi seorang pekerja yang sedang mengosongkan peti arak.

“Bukan kita mahu pecahkan apa ke,” kata seorang pemuda. “Kalau tak mahu juga, kena pecah lah. Kita cakap elok-elok pun tak mahu dengar,” kata seorang lagi dalam video itu.

Dalam video itu kumpulan itu tidak menyentuh barangan atau pekerja kedai itu dan kerja mengosongkan peti arak dirakam kerana “deme (mereka) boleh pusing macam-macam cerita”.

“Sedangkan kalau ada dalam kedai ni pun benda lain kita tak boleh beli kan?” kata seorang pemuda, dan dipersetujui pemuda lain.

Kumpulan itu dirakam berkata mereka akan keputusan untuk melapor polis kerana mahu ikut “cara undang-undang” dan berharap kedai serbaneka seluruh Malaysia prihatin dengan isu ini.

Dalam video lain pula, kumpulan itu dirakam berada di Balai Polis Manjoi selepas membuat laporan polis.

Jurucakap kumpulan itu mengisytiharkan mereka berjaya menghapuskan atau mencegah penjualan arak di kedai serbaneka itu di Manjoi, “yang majoritinya orang Islam dan orang Melayu”.

“Hari ini alhamdulillah berkat kerjasama kita semua di bulan Ramadan yang mulia ini kita dapat banteras dengan habis-habisan dan insyallah kita akan pantau dari semasa ke semasa,” katanya.

Sumber:
https://www.msn.com/en-my/news/national/ngo-paksa-kedai-kosongkan-peti-arak-kemudian-lapor-polis/ar-AAxOJm9?li=BBvaMpr
Benarkah Ada NGO Paksa Kedai Kosongkan Peti Arak? Benarkah Ada NGO Paksa Kedai Kosongkan Peti Arak? Reviewed by editor on 5:40 PM Rating: 5

No comments